Nuffnang Add

Tuesday 26 April 2011

Lunch at Old Town CiMB

26 Apr - Hari ni tak sempat nak lunch proper sangat so aku dan kawan aku iaitu sifu blog dan unit trust (byk lagi-camera, facebook n blackberry) singgah kat Old Town dalam bangunan CIMB Jalan Raja Laut ala dekat ngan SOGO tu untuk lunch.

Sebenarnya, sifu aku teman aku gi CIMB tu untuk aku bukak Akaun CIMB-Air Asia di mana hanya pelanggan CIMB terpilih akan ditawarkan tunai RM50 akan tetapi kene bukak akaun tu la. RM50 akan dikreditkan dalam tempoh empat minggu selepas akaun itu dibukam Kira oklah sape nak bagi cash banyak tu free fre, at least suruh aku menabung.

Sambil aku bukak akaun tu aku masukkan dalam akaun boss aku wang syiling yang tak banyak mana pon jumlah RM153 je tapi punya lah lembap..mungkin mesin kira syiling dah abih kot. Lepas 20 minit tunggu tak siap lagi, so aku ngan sifu aku tu gi lah Old Town pasal nak cari nasi takot tak sempat.

Aku makan Supreme Prawn Mee dan minum Lemon pepsi. Okay lah, secara keseluruhan aku puji sedaplah pasal mungkin aku tengah lapar cume udang tu je kalau dikopek kulitnyer lagi sedap boleh terus telan udang tu skali..harga Supreme Mee RM7.50 Pepsi Lemon RM4.50..kuantiti cukup sangat utk sorang makan..kalu tak cukup tak taula saka apa yang dibela hahaha....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday 23 April 2011

Dari Ikea ke KFC

Seawal jam 10 pagi dah sampai Ikea. Syok sampai awal ni pasal parking boleh pilih dan shopping tak laga bahu orang lain. Saje bawak wife ngan anak-anak jejalan.

Abih pusing semua kawasan, masuk sejam anak anak aku dah restless termasuk aku, bini aku masih lagi ok..adus pompuan ginilah bila shopping. Kat pukul 12 kami abih shopping, ade 2-3 barang beli termasuk pokok kecik utk hiasan bilik air hehe..

Standardlah tengah hari memasing lapar, KFC muncul di kepala, terus ke KFC Kota Damansara ss5. Besar restoran kat situ combined dgn pizza hut buka 24 jam. Aku puas hati pasal bukan saja besar tapi selesa, kawasan permainan kanak-kanak pon ade so kamiQp boleh 0maka n dgn a man.

Aku pekene KFC Chicken Chop, menu terbar KFC pada harga RM9.90. Menarik jugak rasanya. Sepotong ayam, bijiran jagung, beberapa potong kentang dan Black pepper sos dicampur potongan cendawan botol. Isteri ngan anak ambik set lunch A dan B memasing, tapi akhirnya aku juga yang abiskan makanan diorang..seddaapppp!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday 22 April 2011

Sementara tunggu maharaja lawak

Petang tadi, aku talipon Astro untk langgan Mustika ini sumer pasal Maharaja Lawak. Tak kisah lah kene tambah yuran langganan sket. Pasal aku penting gak layan lawak ni, ye lah dah stress balik keje, lepas dinner mesti nak sesuatu yang happy dan ceria. So Maharaja lawak lah jawapan nya.

Sekarang baru jam 920pm jadi sementara tunggu tu aku lepak kat luar rumah pekene kopi dan sebatang rokok baca majalah sambil layan angin malam yang tak berapa sejuk ni. Pastu anak aku lak join lepak ngan aku, aku bersyukur sungguh nikmat yang Allah bagi..semoga aku terus menjadi orang yang bersyukur...aminn.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Laksa Cafe BNM

Sesekali pekene laksa pepetang camni memang best, dah lah tadi hujan lebat ditambahkan plak dgn nescafe tarik kow..memang terangkat.

Tapi bagi aku, chef kene pekatkan lagi kuah ni..tambah cili api fuuhh..terangkattt
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday 20 April 2011

In Person with Dr. Fadzilah Kamsah

Mac 2011, aku rasa bertuah sebab dapat menghadiri kursus motivasi diri dengan pakar motivasi terkenal Malaysia iaitu Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Bukan senang nak dapat pakar ni pasal beliau selalu sibuk. Kursus ni dua hari tapi Datuk buat hari pertama je, hari kedua partner dia pulak yang jadi penceramah.

Banyaklah tips dan ilmu yang aku dapat daripada kursus ni. Apa yang menarik, Datuk gabungkan fakta sains dan agama, yang mana setiap kejadian itu pasti ade sebab dan logik nye ia berlaku, bukan sesaja Allah buat. Sebagai contoh aku lahir hari sabtu jam 10 pagi pada 16 haribulan, jadi Datuk kata "..kamu ingat saja-saja Allah jadikan waktu itu kelahiran kamu? Ade sebab semua tuh"

 Apa yang buat aku lagi kagum, Datuk ni boleh 'baca' akan seseorang tu berdasarkan tapak tangan, tarikh lahir, bentuk tulisan, penampilan bahkan pasangan kita pon boleh beliau baca bagi tahu je tarikh lahir...

Apa yang aku ingat dia kata, antara nye lah, aku nak share ni
"... Orang yang bahagia (happy) itu senyum, tapi orang yang senyum itu pasti dia bahagia (happy)." 
"..hati yang bersih(suci) tarikh bahagia, tarik rezeki tarik kawan"
...banyak lagilah tips dia bagi aku catatkan...
semoga aku boleh applykan


Income Tax vs Flexi

Dah bayar blum?
Hari ni tak sempat nak key in dalam e-hasil.
aku harap tahun ni mcam tahun tahun yang sudah ade lebihan atau tak perlu bayar.
Tarikh akhir untuk submit ialah 30 April 2011. Aku rasa menjelang waktu tuh mesti talian jam, online tak terlayan. Kepada kakitangan Hasil selamat kerja overtime dan kepada rakyat jelata yang ade akaun di Hasil cepat la setelkan...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 19 April 2011

Apple iPad & iPhone vs Samsung Galaxy phone & tablet

Baru je terbaca kat surat khabar (TMR-20/4/11) pasal Apple menyaman Samsung mendakwa model Galaxy baik phone atau tablet meniru patent cara pergerakan jari jemari atas skrin ipad n iphone seperti selceting, scrolling, pinching dan zooming!!..wow. Bukan tu saje, malahan Apple mendakwa software Google Inc's Android yang diguna oleh Galaxy phone and tablet specifically designed to copy Apple products...  huhu..

Walau aku tak menggunakan mana-mana gajet Apple atau Samsung pasal setia ngan Blackberry (tak tau sampai bile hehe..) tapi pernah lah pinjam kawan punye iPad ngan iPhone dia, perghhh diakui memang syok, hebat dan kagum camnelah orang ble se-kreatif nih. Inilah teknologi yang orang ramai mahu, bukan saje senang untuk digunakan malahan sangat selesa dan memudahkan. Segala urusan di hujung jari

Apa-apa pun harap Apple ngan Samsung dapat setelkan isu ni bebaik agar orang ramai tak susah dan untuk kemajuan teknologi.

Salam


Pertama kali nak memblog...lama dah nak mula. Memacam idea ade..mula tulih kat buku..tapi penat lak jari aku..ni kira macam nak testlah skil penulisan aku ..