Nuffnang Add

Monday 23 May 2011

'Exam' Bahasa Melayu darjah satu..

Salah satu mata pelajaran yang aku lemah, masa sekolah menengah sekali je dapat A, yang lain semua C termasuklah masa spm...harap aku tak mengelirukan anak aku masa ulangkaji pelajaran dia ni...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday 22 May 2011

Study nak exam..

Esok anak aku darjah satu nak exam. Sepanjang minggu depan ni ialah minggu exam sekolah anak aku. Aku pulak yang berdebar. Hari pertama pendidikan islam dan bahasa arab...susah nyer jadi budak sekolah rendah sekarang.

Tak taulah apa nasib anak aku ngan exam ni harap keputusan ok, aku pon tak mengharap tinggi..kene pulak aku yang tak berapa pandai mengajar dia untuk persediaan exam dia...jangan jadi ketam mengajar anak berjalan dah le...all de best my son!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday 12 May 2011

Sejuk lawan panas

Dalam gerimis kuharungi jua dengan kelajuan yang tidak seberapa.
Kebasahan menambah kesejukan si rempit di celahan kereta dan lori
Sesampai destinasi sepinggan pisang goreng panas dua cawan teh tarik menanti
....Burpp...licin den kojekan ... Tq isteriku..hehehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 10 May 2011

Kerja kerja ...

Kene kerja untuk dapat gaji untuk sesuap nasi, untuk tampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Macam mana bekerja itu terpulang, bagi yang berniaga juga bekerja tujuan yang sama untuk tampung kehidupan dan keperluanya..atau apa yang berkehendak.

Tapi apa perkara sambilan yang dapat dari bekerja aku rasa ialah kawan-kawan atau persahabatan mungkin juga sekadar teman/rakan sepejabat, dapat kita bersosial dan ade pula dapat berskandal hahaha...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday 9 May 2011

Upin Ipin penyelamat

setiap kali anak aku no 2 ikut naik kereta, dvd cerita Upin Ipin & da Geng mesti aku pasang sebelum anak aku tu mintak pasang. Kalau tak dipasang cerita ni, maka tak duduk diam lah anak aku tu walau duduk dalam child car seat..
Seolah-olah kene pukau, pasang cerita ni terus duduk diam sampai lah cerita ni habis, kengkadang tu ulang 2 kali...adehh aku sampai naik hafal skrip watak-watak dalam ini wayang gambar...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday 6 May 2011

Sarapan pagi ni...Nasi Lemak Kak Tini.

Lepas beli keperluan dapur aku singgah beli sarapan, sayangnya favaurite ku nasi kerabu dah habis. Memang sedap nasi kerabu Kak Tini ni memang diakui ramai kene pulak kalau pedas perghhh..terangkat!! Aku lambat sikit hari ni, jam 7.45 am dah abih nasi kerabu tu..

Nasi lemak dia pon sedap jugak, tapi portion dia sikit pulak bagi aku, baru 4-5 sudu ngap dah licin hahaha..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday 5 May 2011

OPR Naik lagi...

Semalam pengumuman dari Bank Negara Malaysia yang menaikkan kadar polisi semalaman sebanyak 25 mata sekalgi gus menjadikan kadar OPR sekarang ialah 3% dari 2.75%. Tapi kira okay la sebab kanaikan terakhir ialah Julai tahun lepas.

Wow banyak tuh..takot gak bila aku baca...ini semua menjadikan aku seram sejuk menunggu surat dari CIMB untuk pasal loan rumah aku berapa aku kene bayar untuk sebulan. Sebenarnya inilah indikasi menyatakan kadar inflasi kita sebenarnya yang menjadi perhatian pihak BNM walau menurutnya kadar inflasi menurun dari 3% ke 2.8%...renungkanlah...

Wednesday 4 May 2011

Motor ku buat hal lagi...

Hari ni nampaknya merah lagi aku utk bulan ni. Dua kali dah untuk bulan ni. Selasa lepas bateri motor aku 'kong' kali ni tayar belakang bocor, besar pulak tu lubangnya ...adusss..nak buat macam mana..ini lah rezeki aku untuk pepagi ni. Sekarang tengah melepak bersarapan sementara tunggu kedai motor bukak..huhu
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 3 May 2011






Pengalaman Hari Buruh di Kuantan

Sabtu 30 Apr dalam jam 1030 pagi aku sekeluarga bertolak ke Temerloh saja nak lawat bapak mertua aku yang lama sungguh tak dilawati tu dan selepas tu nak kakak ipar aku di Kuantan pulak. Tapi sebelum tu jam 7.30 pagi aku dah tercongok kat kedai Mutiara sebuah kedai runcit terkenal kat kawasan rumah mak aku untuk beli barang dapur, ikan sayur dan segalanya lah..ye lah nak tambah stok yang semakin berkurang. Nanti kang balik dari berjalan tak payah lagi sibuk kelam kabut cari barang.

Bini aku dah bising pasal bertolak sejam setengah lewat dari apa yang dijadualkan, standard lah pompuan bebel sesikit tuh biarkan je la..bagi dia lepas. Sepanjang perjalanan pergi memang okay. Sebenarnya aku nak test kereta baru ala kerete Chery Eastar 2.0 aku saje lah..nak tengok sejauh mana bagus handling dan respon kereta serta daya tahan dia. Itu kalau nak tahu aku akan update seterusnyer..my full review pasal Chery Eastar 2.0.

Sampai di rumah pak mertua dalam jam 1.30 petang (lembap giler drive ek.??) dia pun sambut dengan girang nyer bersama isterinya. Masuk dalam rumah dia terus dia tunjukkan pada anak anak aku koleksi terbaru dalam akuarium dia iaitu 6 ekor udang galah...serius besar kagum betul aku. Dalam tu ade jugak arowana dan ikan ikan lain. Anak anak aku cukup suke dan kami pikir kami pon nak ade jugak satu akuarium.

Lepas tu kakak ipar aku sampai, kami lepak kejap dan pak mertua bawak kami semua ke kedai ikan yang ade jual akuarium kat Temerloh dan Mentakab. Seronok gak tgk ikan pelbagai warna dan saiz serta jenis tuh.

Sedar tak sedar dah maghrib. Jam 8.15 pm kami bertolak ke rumah kakak aku pulak di Kuantan. Pak mertua aku tak ikut, pasal dia tak sihat. Kami konvoi kejap je, boring kak ipar aku tunggu kami yang berkereta baru ni, almaklum lah kereta baru. Tidur semalam je kat rumah dia esok siang kami sarapan kat Teluk Cempedak satu kedai yang cukup glemer tapi aku tak ingat namanya. Kat sebelah Hyatt Kuantan dan KFC dan McDonald..boleh la makanan dia....orang ramai sangat

Lepas tu kami pusing bandar Kuantan yaang dipenuhi denga orang ramai pasal Sure Heboh TV3 sedang berlangsung. Kami tak sempat pergi pasal banyak hal lain kami nak buat.

Jam 3pm kami daftar masuk kat The Zenith Kuantan sebuah hotel 5 bintang, kami rasa beruntunglah dapat harga promotion tak sampai RM300 semalam. Hotel ni baru sangat dan canggih la..almaklum tak pernah duk hotel mahal. Dapat wi-fi free, tv flat screen, shower dia yang jenis bulat besar kat atas so bila mandi macam mandi hujan..puas hati. Malam pulak air-cond dia terlalu sejuk, walau boleh di'adjust' ikut cita rasa kami tapi kami tak reti nak guna button-button yang ade. Tekan-tekan sama jegak, sian anak anak aku menangis kesejukan pasal terkeluar dari selimut. bila matikan suam lah pulak.

Dapat sarapan percuma dan pilihan sarapan dia pun menarik jugaklah. Melayu tetap melayu, salah satu menu sarapan aku ialah nasi lemak sambal kerang. Besar-besar kerang dia, terkejut aku tak pernah jumpa kat KL.
Overal oklah cume mungkin kene banyak kan lagi saluran TV dan bagi petunjuk cara nak guna air cond. Untuk kolam renang buat apa yang terdaya supaya apartment yang mengadap kolam tu tak jelas sangat. Konsep kolam bagus dah..infinity tapi ade rumah orang ngadap kolam...segan nak buat terjun tiruk dan balik kuang hehehehe...