Nuffnang Add

Sunday 30 September 2018

Perancangan kita dan ketentuan Nya.

Penah tak kene camni...baik punya plan berbulan susun plan semua dah mantap baik teratur tetiba pada kejadian tu tak menjadi plak apa yang rancang...frust wei. Menonggeng..

Ginilah...Hari ni ada tournament rugby SMS 10s. Memang popular tournament ni di kalangan peminat ragbi. Memang aku dah plan dah untuk main waktu ni. Dua bulan aku prepare buat body strength punya exercise.. Fitness 4 Hari seminggu...kira iye iye lah ni. Dua minggu sebelum tournament aku terpilih untuk wakil team sekolah aku..tapi kategoti veteren lah..bukan senang weii nak terpilih ...ramai kot veteren ragbi sekolah aku. Happy giler dah ni..Lagi seminggu syok giler rasa badan ni...solid dah keketul jugak lah fitness pun tinggi ..lebih tinggi dari eifel tower kat perancis nu..
Nak buat citer, anak aku yg kecik baru 8 bulan umur nya demam dan ada hfmd..so gegilir cuti ngan wife jagak anak..dua hari pastu si  kakak nyer pulak demam dan ada ada petanda hfmd...walau doktor kata belum betul hfmd lagi.
Tip tup tup bang boom aku pulak rasa badan tak sesedap mana..selera pun kurang dan demam..
4 hari menanggung demam...terus wasap coach kata tokleh join sebab demam. Tak call sebab malu kang kata aku kencing kuat sedangkan aku memang betul demam.
Apa yang best tu...tahun ni plk team aku tu champion cup...sebelum ni takde pun...frust tonggeng weii...dah lah aku waktu sekolah dulu tak terpilih pun utk wakil sekolah ..dah tua tua lepas sekolah ni je terpilih. Hihi...
Itulah hebatnya kuasa Nya.. Buat camne pun klu dah tak boleh tu memang takkan boleh jadik punya..
Keindahan hutang..pelik disebaliknya

Sapa hutang sapa sekarang ni? Dia yang hutang aku boleh pulak dia tarik muka bila aku sebut pasal hutang. Ini tak adil...kan. Ini baru sikit, yg aku dengar siap putus kawan lah putus sedara lah disebabkan hutang. Dalam agama ada sebut byk kali kot menegaskan kepentingan membayar balik hutang. Bak kata orang kampung aku loan repayment.
Adakanlah inisiatif sikit nak langsaikan hutang..bayar bulanan ke dua bulan sekali ke..ini kata hujung tahun nak bayar, tapi seposen pun aku tak dapat. Apa yang menarik siap boleh beli barangan dan jenjalan lak tu..luar negara. Tak kisah lah luar negara tu kat bandung je Jakarta ke. Tak ke sentap orang yang ko hutang tu tgk status ko.
Inilah dia keindahan dan pelik disebalik berhutang ... Kita hint sikit macam nak remind mula lah ada gap ...tak nak tegur lah...tak nak kawan lah. Kang dibuatnya aku mati dulu dan tak sempat nak halalkan hutang tu ..camne?





Wednesday 12 July 2017

Plastik di mana-mana

Setuju tak dengan kenyataan bahawa plastik di mana-mana. Kat rumah kompom ada banyak barang yang dibuat dari plastik, cawan plastik ke pembalut buku ke bag plastik. Kat tempat makan ke kat jamban ke kan. Kene pulak kalau keje kat kilang plastik lagi lah byk plastik kan...

Kengkadang kawan yang kita ingat dia bff kita pun sebenarnya plastik. Dia boleh cakap pasal kita belakang kita ngan orang lain yg kita ingat dia pon bff kita. Siap kata ....ish maleh anak citer lebih. Bff take patut buat camtu. Klu tak suka ngan perangai atau apa yg kita buat bagi tau depan depan. Bukan diam pastu cakap belakang. Betul tak.
Itulah apa yang berlaku depan mata aku. Seb baik aku takde bff. Takde sapa nak buat aku  bff dia kot ....huhu. Itu tak penting, bagi aku klu kawan, bff ke apa f ke biarlah ikhlas. Biarlah minum ngan cawan plastik bukan nilai diri diplastikkan.

Monday 27 February 2017

Dapat jugak tukar

Akhirnya setelah tiga kali cubaan, permintaan aku nak tukar jabatan diluluskan. Dari awal Januari lagi dah bincang dan approval dari yang berkaitan juga dah dapat cumenya tak sanggup nak lepaskan sebab tiada pengganti yang sesuai di jabatan. Ini sebab isu kepercayaan kepada staf lain utk pegang kunci stor. Almaklum barangan sangat berharga besar dalam stor. Walaupun aku frust sebab lambat sangat untuk dilepaskan tapi nampaklah sangat bahawa aku ni boleh percaya lah.... Ialah tempat kerja tempat cari rezeki buat apa nak mencuri ke nak songlap. Tak berkat... Pasti ada balasan nanti.

Thursday 16 February 2017

Hari ini Jumaat 17.2.17

Hari ni bermula dgn baik. Alhamdulillah dapatlah mengerjakan suruhan diawal pagi. Aku hantar anak anak ke sekolah kecuali yang sulong sebab dia nak naik van sekolah ..mungkin dapat jumpa dgn kawan kawan dia. Dapat jugak aku hantar isteri dan breakfast dgn dia di tempat kerja sebelum aku ke hospital utk follow up. Tpi punya lah malu, dah la lambat for appointment masa pendaftaran misi kata appointment ni lambat lagi 27 HB bukn 17 HB huhu...malu kat situ. Terus aku balik basuh bju dan vakum Rumah.

Tapi aku rasa stress dan sedih lebih plan Hari ni. Aku plan yg sedih bila hantar anak anak ke sekolah. Isteri pergi kerja pun aku rasa sedey. Aku siap peluk anak aku yg sulung sebelum dia naik van sekolah dia. Tak tau nape. Huwaa...stress kot

Kepala Otak duk pikir pasal tempat kerja. Memang aku tak suka dept baru ni. Silap besar aku mintak tukar ke situ...stresssssnya. Stress dgn orang dia suasana kerja...bukan bidang aku. Mungkin ada hikmah nya.

Hari ni last day aku mc. Tapi petang ni kene datang opis...sebab aku sorang je buat reporting monthly ni. Aduuh stress bila pikirkan. Semoga dijauhkan segala yg buruk yang tak baik dan fitnah di tempat kerja. Aku mintak tukar ke dept susah plak nk lepas. Semoga than permudahkan segaka urusan perpindahan ke dept baru ni....amin..

Wednesday 15 February 2017

Selamat Hari Jadi...

Hari kelahiran Hari cukup umur sejak dilahirkan. Jadi sambutan tu came? Bagi aku ianya nombor dan peringatan aku semakin tua. Apa pencapaian aku takat ini. Cukuplah dgn ucap selamat takde perlu majlis atau sambutan apa apa pun.

Jujurnya dari segi kerjaya takda apa yg berubah, tak naik pangkat takde apa yg dicapai. Bagi aku cukuplah dgn buat kerja yg diberi sebaik mungkin. Tpi klu takde guidance pun susah nak buat betul mesti ada salah.

Bila tiba besdey ni aku akan tengok antara kawan kawan atau sesapa yang kenal aku akan wish aku. Biasanya takde la. Aku bersyukur cukup lah isteri dan ahli keluarga juga adik beradik Ipar duai yang wish. Lagi pon aku tak update birthdate aku kat sosial media. Aku pon malu klu kawan kawan wish...hihihi

Aku rasa takot dan malu setiap kali tarikh ni tiba sebab aku rasa dosa makin banyak tanggungan makin besar tapi pencapaian takde apa.

Tapi lagi tak best bila besdey waktu tgh cuti sakit dan boss telefon menyatakan ada buat salah kat kerja. Came buat kerja bla bla...hmmm patut come out lah with solutions. Nama pon boss gaji pon berganda ganda.  Spoil mood je. Besar sgt kot salah aku tu.

Jadi selamat ulang tahun kelahiran untuk sesiapa yang menyambutnya Hari ini. Semoga diampunkan dosa dan diberkati selalu.

Tuesday 14 February 2017

Dua tiga kucing belari...

Walau tgh cuti sakit aku kene gak ke opis bukan disuruh tapi 'diminta'. Polisi organisasi tempat kerja aku simple je iaitu bila seorang pekerja itu sedang bercuti atau cuti sakit jangan datang ke opis sebab kalau jadi apa-apa masa pekerja yg tgh bercuti atau mc tu kat opis, susah nk jawab. Situasi mudah, sign dokumen atau jatuh pengsan kat opis, takyah nak citer lah pelbagai persoalan yang timbul dan mesti ditepis.

Tpi satu mende yang menarik ialah rakan kerja yang nampak akan tegur atau sapa kita dan soalan pertama yang dia akan tanya ialah "cuti ke?" Betul tak? Sebab kita muncul dgn pakaian bukan pejabat. Pastu ayat seterusnya "..laa cuti pon datang gak?!" Betul tak? ...