Nuffnang Add

Wednesday 12 July 2017

Plastik di mana-mana

Setuju tak dengan kenyataan bahawa plastik di mana-mana. Kat rumah kompom ada banyak barang yang dibuat dari plastik, cawan plastik ke pembalut buku ke bag plastik. Kat tempat makan ke kat jamban ke kan. Kene pulak kalau keje kat kilang plastik lagi lah byk plastik kan...

Kengkadang kawan yang kita ingat dia bff kita pun sebenarnya plastik. Dia boleh cakap pasal kita belakang kita ngan orang lain yg kita ingat dia pon bff kita. Siap kata ....ish maleh anak citer lebih. Bff take patut buat camtu. Klu tak suka ngan perangai atau apa yg kita buat bagi tau depan depan. Bukan diam pastu cakap belakang. Betul tak.
Itulah apa yang berlaku depan mata aku. Seb baik aku takde bff. Takde sapa nak buat aku  bff dia kot ....huhu. Itu tak penting, bagi aku klu kawan, bff ke apa f ke biarlah ikhlas. Biarlah minum ngan cawan plastik bukan nilai diri diplastikkan.

Monday 27 February 2017

Dapat jugak tukar

Akhirnya setelah tiga kali cubaan, permintaan aku nak tukar jabatan diluluskan. Dari awal Januari lagi dah bincang dan approval dari yang berkaitan juga dah dapat cumenya tak sanggup nak lepaskan sebab tiada pengganti yang sesuai di jabatan. Ini sebab isu kepercayaan kepada staf lain utk pegang kunci stor. Almaklum barangan sangat berharga besar dalam stor. Walaupun aku frust sebab lambat sangat untuk dilepaskan tapi nampaklah sangat bahawa aku ni boleh percaya lah.... Ialah tempat kerja tempat cari rezeki buat apa nak mencuri ke nak songlap. Tak berkat... Pasti ada balasan nanti.

Thursday 16 February 2017

Hari ini Jumaat 17.2.17

Hari ni bermula dgn baik. Alhamdulillah dapatlah mengerjakan suruhan diawal pagi. Aku hantar anak anak ke sekolah kecuali yang sulong sebab dia nak naik van sekolah ..mungkin dapat jumpa dgn kawan kawan dia. Dapat jugak aku hantar isteri dan breakfast dgn dia di tempat kerja sebelum aku ke hospital utk follow up. Tpi punya lah malu, dah la lambat for appointment masa pendaftaran misi kata appointment ni lambat lagi 27 HB bukn 17 HB huhu...malu kat situ. Terus aku balik basuh bju dan vakum Rumah.

Tapi aku rasa stress dan sedih lebih plan Hari ni. Aku plan yg sedih bila hantar anak anak ke sekolah. Isteri pergi kerja pun aku rasa sedey. Aku siap peluk anak aku yg sulung sebelum dia naik van sekolah dia. Tak tau nape. Huwaa...stress kot

Kepala Otak duk pikir pasal tempat kerja. Memang aku tak suka dept baru ni. Silap besar aku mintak tukar ke situ...stresssssnya. Stress dgn orang dia suasana kerja...bukan bidang aku. Mungkin ada hikmah nya.

Hari ni last day aku mc. Tapi petang ni kene datang opis...sebab aku sorang je buat reporting monthly ni. Aduuh stress bila pikirkan. Semoga dijauhkan segala yg buruk yang tak baik dan fitnah di tempat kerja. Aku mintak tukar ke dept susah plak nk lepas. Semoga than permudahkan segaka urusan perpindahan ke dept baru ni....amin..

Wednesday 15 February 2017

Selamat Hari Jadi...

Hari kelahiran Hari cukup umur sejak dilahirkan. Jadi sambutan tu came? Bagi aku ianya nombor dan peringatan aku semakin tua. Apa pencapaian aku takat ini. Cukuplah dgn ucap selamat takde perlu majlis atau sambutan apa apa pun.

Jujurnya dari segi kerjaya takda apa yg berubah, tak naik pangkat takde apa yg dicapai. Bagi aku cukuplah dgn buat kerja yg diberi sebaik mungkin. Tpi klu takde guidance pun susah nak buat betul mesti ada salah.

Bila tiba besdey ni aku akan tengok antara kawan kawan atau sesapa yang kenal aku akan wish aku. Biasanya takde la. Aku bersyukur cukup lah isteri dan ahli keluarga juga adik beradik Ipar duai yang wish. Lagi pon aku tak update birthdate aku kat sosial media. Aku pon malu klu kawan kawan wish...hihihi

Aku rasa takot dan malu setiap kali tarikh ni tiba sebab aku rasa dosa makin banyak tanggungan makin besar tapi pencapaian takde apa.

Tapi lagi tak best bila besdey waktu tgh cuti sakit dan boss telefon menyatakan ada buat salah kat kerja. Came buat kerja bla bla...hmmm patut come out lah with solutions. Nama pon boss gaji pon berganda ganda.  Spoil mood je. Besar sgt kot salah aku tu.

Jadi selamat ulang tahun kelahiran untuk sesiapa yang menyambutnya Hari ini. Semoga diampunkan dosa dan diberkati selalu.

Tuesday 14 February 2017

Dua tiga kucing belari...

Walau tgh cuti sakit aku kene gak ke opis bukan disuruh tapi 'diminta'. Polisi organisasi tempat kerja aku simple je iaitu bila seorang pekerja itu sedang bercuti atau cuti sakit jangan datang ke opis sebab kalau jadi apa-apa masa pekerja yg tgh bercuti atau mc tu kat opis, susah nk jawab. Situasi mudah, sign dokumen atau jatuh pengsan kat opis, takyah nak citer lah pelbagai persoalan yang timbul dan mesti ditepis.

Tpi satu mende yang menarik ialah rakan kerja yang nampak akan tegur atau sapa kita dan soalan pertama yang dia akan tanya ialah "cuti ke?" Betul tak? Sebab kita muncul dgn pakaian bukan pejabat. Pastu ayat seterusnya "..laa cuti pon datang gak?!" Betul tak? ...

Kebetulan tengah cuti sakit

Sejak khamis lepas 9 Feb, aku diarahkan utk cuti sakit pemulihan sampai 17 Feb. Ini sebab 8 Feb tu aku buat kene operate ada bhg badan aku yang 'tak sihat'. Seksa wei nak recover. Makan berpantang dan tokleh gerak sangat. Mungkin tuhan makbulkan permintaan aku utk berehat dgn jalani pembedahan. Busir tahap serius je pon.
Leh bayangkan lah nak kentut berak camne masa lepas operation tu...huhuhu

Nak dijadikan citer, si puan isteri sgt sibuk plak minggu aku mc ni. Dia kene stay back kat opis sampai malam. Sedang elok lah tu, since aku kat rumah boleh lah aku cover bhg jaga makan n hal persekolahan anak-anak. Take pe sgt pun takat  amik anak-anak kat tadika n persiapan dinner utk aku n anak-anak. Jadi leh la puan isteri balik lewat utk setelkan keje di opis. Takyah nak risau sgt pasal makan minum dan kebajikan diorang.

Inilah yang dikatakan hikmah disebalik sesuatu kejadian. Betul tak ?


Thursday 2 February 2017

New management skill

New management skill / behavior

Baru baru aku belajar satu skil management baru yg bagi aku tak berdasar, yg lebih bersifat kepentingan diri sendiri dan penakot juga tidak mahu bertanggung jawab.

Apa yg dibuat ialah, ketua unit atau jabatan akan keluarkan Satu Surat pengakuan bahawa APA jua kesilapan dan kesalahan sewaktu memproses satu satu kerja adalah ditanggung sepenuhnya oleh pekerja yg memproses atau buat kerja tersebut. Penyelia atau pihak pengurusan tidak akan disabit bersama. Pelikkan? ...Ini walaupun pihak pengurusan unit atau jabatan tersebut yg menyelia dan meluluskan kerja tersebut.

Aku rasa mungkin ini ada diamalkan di organisasi lain kot. Bagi aku, sebagai Bos atau orang atasan kene pikul sket pasal kerja tu sebab kerja tu melalui diorang dan diorang yg review. Melainkan pekerja tu memang menipu sejak awal. Saja sorok fakta. Ini dah la pekerja baru, guidance kurang...tetau kene belasah dan warning letter dapat.

Apa pun aku harap kita semua berhati dan sentiasa mengikut garis panduan kerja bila bekerja. Bersikap positif dan kental hati juga ceria selalu.