Nuffnang Add

Wednesday, 20 April 2011

In Person with Dr. Fadzilah Kamsah

Mac 2011, aku rasa bertuah sebab dapat menghadiri kursus motivasi diri dengan pakar motivasi terkenal Malaysia iaitu Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Bukan senang nak dapat pakar ni pasal beliau selalu sibuk. Kursus ni dua hari tapi Datuk buat hari pertama je, hari kedua partner dia pulak yang jadi penceramah.

Banyaklah tips dan ilmu yang aku dapat daripada kursus ni. Apa yang menarik, Datuk gabungkan fakta sains dan agama, yang mana setiap kejadian itu pasti ade sebab dan logik nye ia berlaku, bukan sesaja Allah buat. Sebagai contoh aku lahir hari sabtu jam 10 pagi pada 16 haribulan, jadi Datuk kata "..kamu ingat saja-saja Allah jadikan waktu itu kelahiran kamu? Ade sebab semua tuh"

 Apa yang buat aku lagi kagum, Datuk ni boleh 'baca' akan seseorang tu berdasarkan tapak tangan, tarikh lahir, bentuk tulisan, penampilan bahkan pasangan kita pon boleh beliau baca bagi tahu je tarikh lahir...

Apa yang aku ingat dia kata, antara nye lah, aku nak share ni
"... Orang yang bahagia (happy) itu senyum, tapi orang yang senyum itu pasti dia bahagia (happy)." 
"..hati yang bersih(suci) tarikh bahagia, tarik rezeki tarik kawan"
...banyak lagilah tips dia bagi aku catatkan...
semoga aku boleh applykan


No comments:

Post a Comment