26 Apr - Hari ni tak sempat nak lunch proper sangat so aku dan kawan aku iaitu sifu blog dan unit trust (byk lagi-camera, facebook n blackberry) singgah kat Old Town dalam bangunan CIMB Jalan Raja Laut ala dekat ngan SOGO tu untuk lunch.
Sebenarnya, sifu aku teman aku gi CIMB tu untuk aku bukak Akaun CIMB-Air Asia di mana hanya pelanggan CIMB terpilih akan ditawarkan tunai RM50 akan tetapi kene bukak akaun tu la. RM50 akan dikreditkan dalam tempoh empat minggu selepas akaun itu dibukam Kira oklah sape nak bagi cash banyak tu free fre, at least suruh aku menabung.
Sambil aku bukak akaun tu aku masukkan dalam akaun boss aku wang syiling yang tak banyak mana pon jumlah RM153 je tapi punya lah lembap..mungkin mesin kira syiling dah abih kot. Lepas 20 minit tunggu tak siap lagi, so aku ngan sifu aku tu gi lah Old Town pasal nak cari nasi takot tak sempat.
Aku makan Supreme Prawn Mee dan minum Lemon pepsi. Okay lah, secara keseluruhan aku puji sedaplah pasal mungkin aku tengah lapar cume udang tu je kalau dikopek kulitnyer lagi sedap boleh terus telan udang tu skali..harga Supreme Mee RM7.50 Pepsi Lemon RM4.50..kuantiti cukup sangat utk sorang makan..kalu tak cukup tak taula saka apa yang dibela hahaha....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Udang tu memang nampak sedap
ReplyDelete