Nuffnang Add

Tuesday 3 May 2011






Pengalaman Hari Buruh di Kuantan

Sabtu 30 Apr dalam jam 1030 pagi aku sekeluarga bertolak ke Temerloh saja nak lawat bapak mertua aku yang lama sungguh tak dilawati tu dan selepas tu nak kakak ipar aku di Kuantan pulak. Tapi sebelum tu jam 7.30 pagi aku dah tercongok kat kedai Mutiara sebuah kedai runcit terkenal kat kawasan rumah mak aku untuk beli barang dapur, ikan sayur dan segalanya lah..ye lah nak tambah stok yang semakin berkurang. Nanti kang balik dari berjalan tak payah lagi sibuk kelam kabut cari barang.

Bini aku dah bising pasal bertolak sejam setengah lewat dari apa yang dijadualkan, standard lah pompuan bebel sesikit tuh biarkan je la..bagi dia lepas. Sepanjang perjalanan pergi memang okay. Sebenarnya aku nak test kereta baru ala kerete Chery Eastar 2.0 aku saje lah..nak tengok sejauh mana bagus handling dan respon kereta serta daya tahan dia. Itu kalau nak tahu aku akan update seterusnyer..my full review pasal Chery Eastar 2.0.

Sampai di rumah pak mertua dalam jam 1.30 petang (lembap giler drive ek.??) dia pun sambut dengan girang nyer bersama isterinya. Masuk dalam rumah dia terus dia tunjukkan pada anak anak aku koleksi terbaru dalam akuarium dia iaitu 6 ekor udang galah...serius besar kagum betul aku. Dalam tu ade jugak arowana dan ikan ikan lain. Anak anak aku cukup suke dan kami pikir kami pon nak ade jugak satu akuarium.

Lepas tu kakak ipar aku sampai, kami lepak kejap dan pak mertua bawak kami semua ke kedai ikan yang ade jual akuarium kat Temerloh dan Mentakab. Seronok gak tgk ikan pelbagai warna dan saiz serta jenis tuh.

Sedar tak sedar dah maghrib. Jam 8.15 pm kami bertolak ke rumah kakak aku pulak di Kuantan. Pak mertua aku tak ikut, pasal dia tak sihat. Kami konvoi kejap je, boring kak ipar aku tunggu kami yang berkereta baru ni, almaklum lah kereta baru. Tidur semalam je kat rumah dia esok siang kami sarapan kat Teluk Cempedak satu kedai yang cukup glemer tapi aku tak ingat namanya. Kat sebelah Hyatt Kuantan dan KFC dan McDonald..boleh la makanan dia....orang ramai sangat

Lepas tu kami pusing bandar Kuantan yaang dipenuhi denga orang ramai pasal Sure Heboh TV3 sedang berlangsung. Kami tak sempat pergi pasal banyak hal lain kami nak buat.

Jam 3pm kami daftar masuk kat The Zenith Kuantan sebuah hotel 5 bintang, kami rasa beruntunglah dapat harga promotion tak sampai RM300 semalam. Hotel ni baru sangat dan canggih la..almaklum tak pernah duk hotel mahal. Dapat wi-fi free, tv flat screen, shower dia yang jenis bulat besar kat atas so bila mandi macam mandi hujan..puas hati. Malam pulak air-cond dia terlalu sejuk, walau boleh di'adjust' ikut cita rasa kami tapi kami tak reti nak guna button-button yang ade. Tekan-tekan sama jegak, sian anak anak aku menangis kesejukan pasal terkeluar dari selimut. bila matikan suam lah pulak.

Dapat sarapan percuma dan pilihan sarapan dia pun menarik jugaklah. Melayu tetap melayu, salah satu menu sarapan aku ialah nasi lemak sambal kerang. Besar-besar kerang dia, terkejut aku tak pernah jumpa kat KL.
Overal oklah cume mungkin kene banyak kan lagi saluran TV dan bagi petunjuk cara nak guna air cond. Untuk kolam renang buat apa yang terdaya supaya apartment yang mengadap kolam tu tak jelas sangat. Konsep kolam bagus dah..infinity tapi ade rumah orang ngadap kolam...segan nak buat terjun tiruk dan balik kuang hehehehe...

2 comments:

  1. adehhh wan,
    hahahaha macam baca karangan budak sekolah :p

    opssss jangan marah haaa.... :-D

    psstt cherry easter eh.. best!!
    ako dah nah bawak, ok laaa not bad gak ;-)

    ReplyDelete
  2. hahahaha...tu la pasal ret...
    la maklum baru nak belajar menuliss...harap ble improve

    best beb..ok lah ubtuk harga itu dan brand itu...setakat ni aku suke

    thanks ret

    ReplyDelete