Nuffnang Add

Thursday, 2 February 2017

New management skill

New management skill / behavior

Baru baru aku belajar satu skil management baru yg bagi aku tak berdasar, yg lebih bersifat kepentingan diri sendiri dan penakot juga tidak mahu bertanggung jawab.

Apa yg dibuat ialah, ketua unit atau jabatan akan keluarkan Satu Surat pengakuan bahawa APA jua kesilapan dan kesalahan sewaktu memproses satu satu kerja adalah ditanggung sepenuhnya oleh pekerja yg memproses atau buat kerja tersebut. Penyelia atau pihak pengurusan tidak akan disabit bersama. Pelikkan? ...Ini walaupun pihak pengurusan unit atau jabatan tersebut yg menyelia dan meluluskan kerja tersebut.

Aku rasa mungkin ini ada diamalkan di organisasi lain kot. Bagi aku, sebagai Bos atau orang atasan kene pikul sket pasal kerja tu sebab kerja tu melalui diorang dan diorang yg review. Melainkan pekerja tu memang menipu sejak awal. Saja sorok fakta. Ini dah la pekerja baru, guidance kurang...tetau kene belasah dan warning letter dapat.

Apa pun aku harap kita semua berhati dan sentiasa mengikut garis panduan kerja bila bekerja. Bersikap positif dan kental hati juga ceria selalu.




No comments:

Post a Comment